terdapat begitu banyak yang ku cari di dalam dunia yang serba materialistik dan holistik.namun tetapi tidak semua yang aku berjaya kecapi hingga ke hari ini,atau mungkin aku akan langsung tidak dapat mengecapinya hingga ke akhir hayatku.tetapi aku harus tabah menangani permasalahan ini yang mana telah disertakan sekali dengan arus deras yang aku sendiri tidak mampu untuk menongkah arusnya walau apa cara sekalipun.pelbagai permasalahan yang timbul dalam sekelip mata sebelum aku dapat mengerti apa maksudnya hinggakan aku gagal untuk mengecapi segala-galanya.
setelah berlalunya kekecewaan itu,ia hadir semula tetapi di dalam keadaan yang amat berbeda.dimulakan dengan kebahagiaan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana ianya boleh hadir hinggalah ia lenyap tanpa ku sedari.aku hampir putus asa dan menganggap bahawa tiada keadilan yang dikurniakan kepada ku namun tetapi aku masih tabah untuk mengharunginya.aku mengandaikan bahawa diriku juga mempunyai kelebihan yang tersendiri cuma aku tidak mengetahui bagaimana cara dan kaedahnya bagi diriku ini untuk lebih menonjoli pasaran sosialis dan ekonomis pada abad ini.
diriku dibelenggu oleh kerisauan dan ketakutan manifestasi untuk lebih meyakini diri dan menghadapi persaingan globalisasi agar dapat untukku mengadaptasi serta mengekalkan budaya pertiwi sehinggakan kebahagiaan itu direalisasi sewaktu aku di dalam pertengahan kancah mempopularkan dan mempromosi diriku ini.begitu banyak pihak yang memerhati dan ada juga yang seakan-akan tidak mempercayainya namun dengan berkat kesabaran dan keyakinan yang telah aku temui,inilah yang terjadi yang aku namakan sebagai "SATU TRANSFORMASI"..